Thursday 4 October 2012

WANMK: MEMULAKAN PERNIAGAAN SECARA KECIL-KECILAN

WANMK: MEMULAKAN PERNIAGAAN SECARA KECIL-KECILAN: MEMULAKAN PERNIAGAAN SECARA KECIL-KECILAN Jika anda bercadang untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Soalan pertama saya a...

WANMK: PERNIAGAAN: TRADISIONAL vs MLM

WANMK: PERNIAGAAN: TRADISIONAL vs MLM: PERNIAGAAN: TRADISIONAL vs MLM Saya berbual dengan seseorang pada hari ini yang telah membangkitkan keinginan saya  untuk  menulis jur...

WANMK: DIMANAKAH ANDA?

WANMK: DIMANAKAH ANDA?: JIKA ANDA ADALAH SEORANG YANG TERGOLONG DARIPADA;  bekerja sendiri  profesional  makan gaji Jadi, Anda harus...

PERNIAGAAN: TRADISIONAL vs MLM


PERNIAGAAN: TRADISIONAL vs MLM

Saya berbual dengan seseorang pada hari ini yang telah membangkitkan keinginan saya  untuk  menulis jurnal ini untuk dikongsikan bersama para pembaca sekelian. Walaupun perbualan saya dengan orang itu sangat singkat tapi ianya tidak dianggap sebuah perbualan yang berjaya tentang MLM kerana beliau masih beranggapan bahawa MLM adalah sebuah perniagaan yang merepek untuk diceburi. Saya bertanya kepadanya adakah dia seorang peniaga, dia menjawab ya dan dia menganggap bahawa saya adalah seorang usahawan yang gagal sebelum bermula.

Marilah kita sama-sama membuat beberapa perbandingan ringkas bagi membidas kenyataan beliau.
v                  Kita mulakan dengan perniagaan tradisional atau perniagaan berbentuk lesung dengan alu yang mesti mempunyai bos, pekerja, pelan kesihatan dan pelbagai kerenah lagi. Mula-mula saya ingin membincangkan sesuatu yang telus. Sesuatu perniagaan seperti ini dimulakan seperti anai-anai dengan permaisuri dalam sebuah koloni. Anai-anai pekerja bekerja kuat untuk kesejahteraan permaisuri, cari makan untuknya, membina istana dan menjadi benteng jika berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini. Bos atau pemilik perniagaan biasanya dilihat mendapat keuntungan yang lebih. Siapa yang menjana keuntungan tersebut? Tentulah para pekerjanya. Perniagaan jenis ini biasanya membekalkan barangan atau perkhidmatan yang sangat bernilai kepada para pelanggan tapi hanya bos yang dapat keuntungan lebih. Kita susur dengan lebih mendalam lagi, kita sedar bahawa hakikat telah mengatakan bahawa bos mestilah dapat untung lebih sebab dialah yang memulakan segalanya dengan jerit perih, tapi antara sedar atau tidak sebenarnya pekerjalah yang berhempas pulas memastikan kelangsungan perniagaan, menepati kehendak pengguna, menepati masa dan sebagainya. Tetapi mereka tidak mendapat yang sepatutnya, mereka dibayar gaji yang paling minimum membuatkan mereka bergantung kepada majikan. Adilkah ini? Jadi bolehlah kita simpulkan di sini, kerjalah separuh mati tapi bos juga yang senyum....

Perkhidmatan atau produk yang ditawarkan berbeza-beza biasanya hanya menguntungkan peniaga. Pembeli hanya membayar sejumlah wang dan mendapat apa yang diinginkan tanpa sebarang keuntungan lain terbit dari transaksi tersebut.

v                  Sekarang kita lihat apa bezanya dan apa kebaikan MLM yang dikatakan merepek.
Di dalam semua perniagaan pun sama, bos mesti untung lebih. TAPI....perniagaan MLM telah dicipta untuk memberi keuntungan kepada semua yang terlibat bukan setakat pemilik sahaja. Ini termasuklah dari segi  kewangan atau hadiah-hadiah lainnya. Industri ini membekalkan barangan atau perkhidmatan yang bernilai kepada pelanggan selain menawarkan peluang perniagaan yang sangat menguntungkan. Perniagaan MLM bolehlah dianggap sebagai sebuah perniagaan yang dijalankan secara berangkai, mereka bekerjasama untuk memasarkan barangan atau perkhidmatan sebagai pengedar bebas. Jadi, selain menjadi pekerja yang dibayar gaji mereka sebenarnya adalah seorang usahawan yang menjalankan perniagaan masing-masing di bawah satu bumbung dan mendapat habuan berdasarkan komisyen dari jualan produk yang dilakukan.

Perbezaan ketara telah wujud di dalam sedikit perbandingan di atas. Seseorang yang terlibat di dalam industri MLM boleh menjana keuntungan lebih 70% dari hasil keseluruhan keuntungan atas jualan. Tidak pernah terjadi sesebuah perniagaan tradisional mengeluarkan 70% keuntungannya untuk dikongsi dengan para pekerjanya.

Sedar atau tidak MLM merupakan sebuah kilang yang menghasilkan individu-individu hebat di dalam perniagaan. Ia mengajar, melatih dan membantu para peneraju-peneraju di dalam lingkungannya untuk menjadi kaya dan berjaya. Cuma masa sahaja yang menentukan BILA. Donald Trump seorang yang kaya dan berjaya mengatakan bahawa, jika dia perlu memulakan segala-galanya semula, dia memilih untuk menjalankan perniagaan MLM. Banyak potensi yang boleh dikejar di dalam industri ini yang tidak semua orang mengetahuinya dan sesetengahnya tidak mahu ambil tahu. Kalau Donald Trump yang kaya kata begitu, apa kata kita pula????????

Setiap orang yang terlibat di dalam industri ini mempunyai peluang yang luas untuk menjana pendapatan pasif yang tidak terbatas tidak kiralah mereka mempunyai pengalaman atau pelajaran dalam menjalankannya. Kesemuanya boleh dikutip sepanjang perjalanan yang panjang menuju sebuah kejayaan. Kerana di sana telah tersedia produk-produk yang baik, sebuah sistem yang sangat adil yang mengajar anda bagaimana melakukannya dan ada juga orang-orang terdahulu yang telah berjaya daripada anda yang sentiasa sudi untuk mengajar anda bagaimana untuk berjaya seperti mereka. Adakah anda ada cara lain yang lebih baik?

Secara khususnya dapatlah saya katakan di sini bahawa saya sangat menyukai malah menyintai mungkin perniagaan MLM. Ia memberi peluang kepada semua orang untuk memiliki sebuah kebebasan tanpa batasan, masa, wang dan mengubah gaya hidup kepada yang lebih baik. Ia mencungkil bakat terpendam dalam diri seseorang, menyerlahkan kehebatan mereka selain dari hanya bekerja membanting tulang untuk mendapatkan upah yang minimum demi sesuap nasi. Ia merupakan sesuatu yang malang bagi mereka yang gagal atau sengaja tidak mahu membuka minda untuk memahami apakah itu MLM tetapi ia boleh menjadi permata yang berharga bagi mereka yang cuba memahaminya dan berjuang untuk berjaya demi mengubah kehidupan. Ia mungkin tidak direka untuk semua tapi ingatlah bahawa semua orang dijemput untuk menyertainya. Kemungkinan untuk berjaya adalah besar dan tiada penghujung dan marilah kita jadikan MLM sebagai sebuah model perniagaan untuk masa depan yang gemilang.


Owned a Traditional Business vs Employee vs Networking Business
Month/Year
Job
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
Traditional
8000
4000
6000
7000
10000
-5k
DEPENDS ON YOUR STREIGHT, EMPLOYEES, ECONOMIC MARKET TRENDS, POLITICS & Etc.
Employee
5000
5500
6000
6500
7000
7500
8000
8500
9000
9500
10K
Network Marketing
100
200
400
800
1600
3200
6400
12800
25600
51200
100K


Kita banyak mengupas kata-kata orang barat tentang industri ini. Marilah kita cuba menceduk kata-kata hikmat oleh seorang sarjana islam tidak lain dan tidak bukan Prof. Dr. Hamka.
           
”Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba........datang tidak menentu masa........datang di saat kita kesempitan atau kesusahan.

Maka nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba.

Jangan jadikan seribu alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!”

Wednesday 3 October 2012

MEMULAKAN PERNIAGAAN SECARA KECIL-KECILAN


MEMULAKAN PERNIAGAAN SECARA KECIL-KECILAN

Jika anda bercadang untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Soalan pertama saya adalah MENGAPA? Mengapa anda ingin membuat sebuah perniagaan sendiri? Mengetahui mengapa adalah sangat penting untuk anda menetapkan halatuju dalam  mengharungi hari-hari depan dunia perniagaan yang penuh cabaran dan bersedia untuk menghadapinya. Saya mempunyai beberapa pengalaman menjadi mentor kepada individu yang mahu memulakan perniagaan. Mereka memberi alasan-alasan pelbagai tentang mengapa mereka ingin membina sebuah perniagaan. Antaranya yang dapat saya kongsikan adalah seperti berikut:

§         Saya BENCIkan boss saya dan ingin mencabar untuk MENYAINGI mereka.
§         Saya mahukan KEBEBASAN.
§         Saya mahukan WANG YANG BANYAK.
§         Saya ingin menjadi KAYA.
§         Saya nak buat apa yang saya SUKA.

Sebenarnya saya tidak percaya satu pun alasan di atas sebagai alasan yang kukuh untuk memulakan sebuah perniagaan baru. Membenci boss anda tidak akan memberi kekuatan kepada anda dalam menghadapi cabaran-cabaran mendatang. Anda harus sedar bahawa anda hanya akan bekerja untuk tempoh masa yang lebih panjang dengan penghasilan yang sangat minimum di peringkat awal sesebuah perniagaan jadi itulah sebenarnya alasan yang paling kukuh kenapa anda terus bertatih untuk sebuah kejayaan.

Jika anda merupakan seseorang yang hanya ingin melakukan apa yang anda suka, sila pastikan anda benar-benar tahu apa yang anda lakukan dan yang paling penting cara bagaimana kesukaan anda itu boleh menjana pendapatan yang paling optimum.

Kita simpulkan di sini bahawa anda memang mempunyai alasan yang sangat kukuh kenapa anda ingin membina perniagaan sendiri. Lantaran itu anda perlu mengenalpasti beberapa pilihan yang akan anda pilih sebelum mara ke peringkat seterusnya. Pilihan-pilihan tersebut hanya ada empat sahaja iaitu:
1.                   Bermula dari asas.
2.                   Membeli perniagaan sedia ada.
3.                   Membeli francais
4.                   Pemasaran rangkaian (network marketing), jualan langsung  atau lebih dikenali sebagai MLM.
Kita kupas setiap satunya.

v     Bermula dari asas.
Cara ini yang biasanya kebanyakkan individu akan pilih. Secara ringkasnya, anda mestilah bersedia untuk berkorban masa, mungkin tanpa cuti untuk satu jangkamasa dan menjadi segala-galanya (jack of all trades) untuk perniagaan anda dalam usaha memastikan  ianya berjalan lancar. Ianya merupakan satu perjalanan yang panjang tanpa henti tetapi ia mungkin memberi penghasilan yang lumayan, tetapi anda harus ingat bahawa statistik menunjukkan kebarangkaliannya adalah kecil. Anda mungkin seorang yang sangat berkeupayaan dalam semua bidang walaupun pada dasarnya tidak. Kerana, tidak semua orang adalah seorang pemasar yang baik, jurujual, penyimpan kira-kira (akaun), pentadbir sistem yang hebat dan sebagainya. Maka, bersedialah untuk mengambil tenaga-tenaga pakar di dalam bidang-bidang tersebut.

Sebenarnya saya telah melalui jalan yang penuh onak dan duri ini beberapa kali maka saya rasa serik untuk mengulanginya lagi. Jadi, saya fikir mungkin ada cara lain yang lebih baik. Walaubagaimanapun, jika anda sudah bulat hati untuk memulakan sebuah perniagaan konvensional, dapatkanlah nasihat daripada akauntan yang baik atau peniaga-peniaga yang berpengalaman yang boleh menasihati dan memberi tunjuk ajar kepada anda. Pastikan anda menjaga aliran modal atau kewangan yang ada dan bekerjalah dengan penuh dedikasi demi mencapai kejayaan di hari depan.

v     Membeli perniagaan yang telah beroperasi..
Jika ini pilihan anda, anda perlulah menyediakan sejumlah modal yang mencukupi untuk membuat  pembelian. Buat analisa akaun sedia ada, gunakanlah khidmat akauntan yang boleh dipercayai yang tidak menyebelahi penjual. Dapatkan juga maklumat terperinci dari maklumat-maklumat tersedia yang dibekalkan. Berfikirlah semasak-masaknya jika ia akan melibatkan gadaian rumah atau aset-aset lain untuk mendapatkan modal. Ini mungkin pilihan yang lebih baik jika kejayaan perniagaan yang dibeli boleh dilangsungkan namun berhati-hatilah kerana segalanya mungkin, jadi bekerjalah sekuat-kuatnya untuk memastikan ianya terus berada di puncak.

v     Francais.
Jika dibuat perbandingan, pilihan ini merupakan yang terbaik dari kedua-dua di atas. Apa yang anda patut tahu mengenainya adalah, membeli sebuah perniagaan francais samalah ertinya dengan membeli sebuah kerja dan cara hidup yang memenatkan dan memberi tekanan kepada anda. Kenapa saya kata begini. Anda terpaksa bekerja untuk satu jangkamasa yang sangat panjang, pening kepala dengan segala kerenah-kerenah yang sama sahaja dengan mana-mana perniagaan konvensional cuma bezanya ia telah tersedia dan anda membayar satu jumlah wang yang besar untuk mengharunginya.
Kebanyakan franchisor akan menetapkan waktu kerja anda, apa yang perlu anda pakai dan macamana anda perlu melakukan sesuatu kerja. Hal ini telah jauh tersasar dari impian awal anda untuk menjadi seorang usahawan yang bebas dan anda dikenakan bayaran yang tinggi untuk itu. Anda suka????????

v     Pemasaran rangkaian (network marketing) jualan langsung atau MLM.
Sebuah perniagaan yang boleh dijalankan di rumah atau di mana-mana sahaja. Kalau ditanya pendapat saya inilah pilihan yang baik dan tepat untuk abad ini. Saya ada banyak alasan yang kukuh untuk menyokong kata-kata atau pilihan saya ini. Secara amnya anda harus ingat bahawa perniagaan pemasaran rangkaian ini adalah sebuah perniagaan yang adil dan sangat memberi manfaat kepada mereka-mereka yang terlibat dengannya. Alasan-alasan dan manfaatnya bolehlah saya ringkaskan seperti di bawah ini.

§         Modal permulaan yang sangat kecil atau mungkin tidak memerlukan modal langsung.
§         Anda hanya perlu mengerah keringat anda untuk membina sebuah perniagaan.
§         Tiada risiko aset kerana anda tidak perlu menggadai apa-apa untuk mendapatkan modal.
§         Tiada sebarang risiko.
§     Pelan pemasaran dan sistem latihan yang telah siap dibina dan diuji keberkesanannya dan dikenalpasti boleh berjaya.
§     Tidak perlu premis untuk menjalankan perniagaan, tidak perlu menyimpan stok kerana stok juga adalah wang.
§       Anda hanya perlu memberi sokongan dan latihan kepada para bawahan (downline) bagaimana untuk membina rangkaian.
§    Kos overhead yang rendah (di dalam network marketing, anda boleh merealisasikan pelan membina aset  dengan stok yang memang boleh dijual tanpa perlu pengiklanan)
§         Anda mempunyai kebebasan masa yang mutlak.
§         Perniagaan boleh berkembang tanpa kehadiran dan mungkin tanpa pengetahuan anda.
§         Memberi peluang untuk anda memilih gaya hidup anda sendiri.
§    Yang paling PENTING! Perolehan pendapatan pasif iaitu pendapatan yang berterusan yang dibayar kepada anda dari jam, harian, mingguan dan bulanan.



Saya juga ingin berkongsi dengan para pembaca beberapa petikan kata-kata hikmat dari para bijaksana....

”MLM adalah di dalam kuadran B dan secara dasarnya adalah tanpa risiko- memberi kita peluang dan ruang yang selalunya didominasi oleh orang-orang kaya. Persoalannya hari ini adalah ”Betulkah kita benar-benar mahu menjadi kaya?”
- Robert Kiyosaki, usahawan, penulis

”MLM menawarkan perniagaan yang memberi pulangan yang besar dan tidak terbatas dengan risiko yang rendah. Saya menasihatkan kepada mereka-mereka yang benar-benar serius di dalam perniagaan MLM untuk meletakkan sepenuh jiwa raganya kepada perniagaan ini kerana semangat yang jitu memberi kekuatan kepada anda untuk terus mara dan maju di dalam bidang ini”
- Donald Trump, usahawan, penulis

”MLM telah menjadi satu kenderaan yang boleh dipacu untuk membina kekayaan yang kini menjadi pilihan berjuta orang”
- Paul Zane Pilzer, ahli ekonomi, penulis

Di sini juga saya ingin berkongsi kata-kata perangsang tentang industri MLM oleh Paul Zane Pilzer.
“Dari semua peluang perniagaan yang ditawarkan pada hari ini, MLM telah bersinar menjadi satu peluang yang sangat menarik. Saya percaya, ini adalah mesej penting yang boleh disebarkan secara besar-besaran di kalangan masyarakat pada hari ini.”

“Trend ini akan berterusan yang mana usia permulaan perniagaan ini diperkenalkan lebih kurang seabad lalu telah memberi sumbangan yang besar di dalam dunia perniagaan global. MLM memberi peluang kepada sesiapa sahaja tanpa mengira latarbelakang, kemahiran atau modal untuk membina pendapatan pasif yang berterusan.”

Paul Zane Pilzer meramalkan bahawa 10 juta jutawan baru akan muncul dari dalam industri MLM menjelang 2016. Adakah anda merancang untuk menjadi salah seorang daripadanya? Fikirkanlah................

Bermula dengan minda yang bersih dan sihat
Tidak kiralah perniagaan apa pun yang menjadi pilihan anda, mulakanlah dengan niat dan minda yang bersih dan sihat. Ini mungkin lebih menjurus kepada pemasaran rangkaian atau MLM daripada mana-mana perniagaan konvensional. Mungkin ada yang menganggap bahawa perniagaan MLM ini boleh dijalankan secara sambilan atau hobi tapi jika ini berlaku, maka pendapatan yang diperolehi juga adalah sekadar hobi atau sampingan sahaja. Cuba kita lihat mereka yang berjaya di dalam bidang ini, mereka melakukannya secara bersungguh-sungguh dengan sepenuh jiwa raga.

Apa itu MLM? Kebanyakan orang ada pendapat yang negatif terhadapnya dan sebahagian pula tidak tahu apa itu MLM sebenarnya.
Mari kita bincang sedikit, apa itu MLM. Menurut Wikipedia, ia didefinisikan sebagai sebuah strategi pemasaran yang mana kita akan memperolehi ganjaran dari jualan yang dibuat sama ada oleh kita sendiri ataupun rangkaian kita. Kita membina rangkaian pengedar bawahan di dalam hiraki yang berbilang peringkat ganjaran.

Walaupun perniagaan MLM ini telah berada di pasaran lebih kurang 65 tahun dulu, ia masih disalahertikan dengan pelbagai tanggapan buruk dan negatif sebagai sebuah perniagaan yang tidak mendatangkan keuntungan dan apa-apa faedah kepada orang yang menjalankannya.

Sebahagian orang masih menganggap bahawa MLM adalah skim piramid yang ternyata salah dari segi undang-undang.

Pandangan ini haruslah diubah kerana hakikatnya MLM adalah satu perniagaan yang sah di sisi undang-undang dan sangat adil.  MLM sebenarnya adalah cara bagaimana satu-satu produk atau perkhidmatan diedarkan secara terus kepada pengguna tanpa kehadiran orang tengah seperti peruncit menggunakan pengedar-pengedar perseorangan tanpa terikat dengan mana-mana majikan untuk mencari pelanggan. Mereka-mereka ini bolehlah dinamakan sebagai pengedar, konsultan, rangkaian, ahli, wakil-wakil bebas atau mungkin pemilik perniagaan bebas.

Selain dari anggapan sebagai skim piramid, macam-macam lagi tanggapan buruk yang berputar di sekitar industri ini. Mari kita renungkan....

Anggapan negatif- Orang atas sahaja yang buat duit
Kebenarannya bukan begitu. Pelan imbuhan moden memberi imbuhan dan ganjaran hadiah berdasarkan kerja dan kerajinan individu sebagai pengedar.

Anggapan negatf- Benda tu semua tak guna, tak boleh jadi
Kebenarannya- Ramai orang di seluruh dunia menjalani kehidupan yang baik dengan berkecimpung di dalam industri MLM. Paul Zane Pilzer pun sudah meramalkan akan muncul 10 juta jutawan baru dari industri MLM menjelang 2016, oleh itu jadi tak????????

Anggapan negatif- Itu semua skim cepat kaya
Kebenarannya- MLM memerlukan satu jangkamasa untuk keberhasilan diikuti dengan kerja kuat disulami dengan komitmen yang konsisten. Bekerja keras untuk menjadi kaya untuk diri sendiri bukannya duduk saja dan tunggu duit.

Anggapan negatif- Skop terhad. Kena jual dengan keluarga dan kawan-kawan sahaja.
Kebenarannya- Anda boleh memilih prospek anda. Anda boleh memasarkan kepada sesiapa sahaja. Sebenarnya internet telah banyak mengubah cara bagaimana kebanyakan orang membina rangkaian mereka.

Sementara industri ini menerima kritikan dan cemuhan, ada ramai orang-orang kaya dan berjaya di dunia sedang membina, memulakan atau membeli perniagaan MLM sedia ada. Mereka yang kaya yang dimaksudkan termasuklah Robert Kiyosaki, Donald Trump, Richard Branson dan Warren Buffet. KITA BILA LAGI?????????


Robert Kiyosaki- Perniagaan alaf baru.
Robert Kiyosaki di dalam bukunya bertajuk Perniagaan Alaf Baru mengatakan bahawa dengan rekaan dan keadaan semulajadinya, MLM bolehlah dianggap sebagai satu bentuk perniagaan yang adil, demokratik dan satu sistem yang baik yang boleh menjana kekayaan. Kita menyaksikan hari-hari gelap dalam sektor ekonomi di abad ini, kelembapan ekonomi global merupakan mimpi ngeri bagi para usahawan namun inilah masa keemasan bagi mereka untuk mengintai peluang yang masih tersedia untuk mereka dan MLM adalah sangat berpotensi untuk menjadi permata yang boleh bersinar untuk menyuluh kegelapan itu.

”Jika anda berfikir sekarang adalah masa yang sangat sesuai untuk memulakan perniagaan, ia benar kerana hakikatnya tiada masa yang lebih sesuai dari SEKARANG”

Di dalam siri ini saya telah banyak membincangkan tentang kebaikan MLM sebagai sebuah model perniagaan dan kelebihan yang dibawanya. Sekali lagi saya ingin berkongsi dengan anda mengapa saya memilih MLM. Antara perkara-perkara yang menarik perhatian saya adalah:

·         Ia adalah sebuah perniagaan yang sedang berkembang pesat dan mengujakan.
·         Modal permulaan yang sangat minimal. Ia merupakan satu anugerah kerana anda tidak memerlukan modal yang besar untuk memulakannya namun ianya selalu tidak diendahkan sebagai sebuah perniagaan. Modal yang minimal memungkinkan anda memulakannya tanpa perlu menggadai apa-apa untuk menyuntik modal.
·         Menggunakan keringat dan tulang empat kerat anda sahaja untuk membina sebuah rangkaian perniagaan.
·         Tanpa sebarang risiko.
·         Sistem dan latihan yang telah tersedia dan telah dipastikan  keberhasilan dan kebolehjayaannya.
·         Tiada kos pengendalian, seperti gaji, sewa dan pelbagai bil.
·         Tidak perlu pekerja, anda cuma perlu memberi sokongan dan latihan kepada bawahan anda yang bolehlah dianggap sebagai pekerja yang tidak memerlukan anda membayar gaji kerana mereka sendiri yang menentukan gaji mereka yang mana mereka inilah sebenarnya rakan kongsi perniagaan anda.
·         Kos operasi (overhead) yang rendah.
·         Tidak perlu premis perniagaan, tiada sewa dan boleh dijalankan di mana-mana ataupun di rumah sahaja.
·         Tidak menyimpan atau membawa stok.
·         Tiada pemiutang dan tiada bil-bil yang menunggu untuk dijelaskan setiap bulan.
·         Gaya hidup dan masa yang fleksibel.
·     Satu perkara yang sangat saya suka, saya boleh membina rangkaian ke seluruh dunia hanya melalui internet.
·         Pendapatan pasif yang berterusan.

Dipetik pula dari Paul Zane Pilzer- MLM membuka peluang perniagaan yang sangat baik kepada semua lapisan masyarakat tidak kira mereka dari latarbelakang yang bagaimana. Maka jadilah salah seorang dari 10 juta jutawan yang akan muncul melalui industri MLM menjelang 2016. Tak lama lagi......

Kebanyakan orang tidak memahami apa itu pendapatan pasif, konsep serta kepentingannya. Mereka selalu mengejar wang dan ganjaran yang cepat tanpa menurut undang-undang dan meneliti program yang diikuti. Itulah sebabnya mereka tersungkur di arena skim cepat kaya (money game). Maka berhati-hatilah.

Bagaimana kita mahu memahami konsep pendapatan pasif. Robert Kiyosaki telah menetapkan ada (2) dua kuadran manusia iaitu A yang berlingkung di dalam arena pendapatan yang aktif dan B di dalam lingkungan pendapatan pasif. 


ACTIVE INCOME – Man At Works
1.  work for money
2.  generate income for survive
3.  limited income
4.  limited time to work
5.  work hard nor income will stop anytime
PASSIVE INCOME – System At Works
1. money make money
2. system generate for high incomes
3. unlimited incomes
4. income will generated for 365 days a year
Employee
Government Servant, Private Sectors & etc
Business
Banking, Multinational Business, Network Marketing Systems & etc.
Self-Employed
Sole-proprietor, Professionals & etc.
Investment
Unit Trust, Share Holding, Properties &etc