Thursday 4 October 2012

PERNIAGAAN: TRADISIONAL vs MLM


PERNIAGAAN: TRADISIONAL vs MLM

Saya berbual dengan seseorang pada hari ini yang telah membangkitkan keinginan saya  untuk  menulis jurnal ini untuk dikongsikan bersama para pembaca sekelian. Walaupun perbualan saya dengan orang itu sangat singkat tapi ianya tidak dianggap sebuah perbualan yang berjaya tentang MLM kerana beliau masih beranggapan bahawa MLM adalah sebuah perniagaan yang merepek untuk diceburi. Saya bertanya kepadanya adakah dia seorang peniaga, dia menjawab ya dan dia menganggap bahawa saya adalah seorang usahawan yang gagal sebelum bermula.

Marilah kita sama-sama membuat beberapa perbandingan ringkas bagi membidas kenyataan beliau.
v                  Kita mulakan dengan perniagaan tradisional atau perniagaan berbentuk lesung dengan alu yang mesti mempunyai bos, pekerja, pelan kesihatan dan pelbagai kerenah lagi. Mula-mula saya ingin membincangkan sesuatu yang telus. Sesuatu perniagaan seperti ini dimulakan seperti anai-anai dengan permaisuri dalam sebuah koloni. Anai-anai pekerja bekerja kuat untuk kesejahteraan permaisuri, cari makan untuknya, membina istana dan menjadi benteng jika berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini. Bos atau pemilik perniagaan biasanya dilihat mendapat keuntungan yang lebih. Siapa yang menjana keuntungan tersebut? Tentulah para pekerjanya. Perniagaan jenis ini biasanya membekalkan barangan atau perkhidmatan yang sangat bernilai kepada para pelanggan tapi hanya bos yang dapat keuntungan lebih. Kita susur dengan lebih mendalam lagi, kita sedar bahawa hakikat telah mengatakan bahawa bos mestilah dapat untung lebih sebab dialah yang memulakan segalanya dengan jerit perih, tapi antara sedar atau tidak sebenarnya pekerjalah yang berhempas pulas memastikan kelangsungan perniagaan, menepati kehendak pengguna, menepati masa dan sebagainya. Tetapi mereka tidak mendapat yang sepatutnya, mereka dibayar gaji yang paling minimum membuatkan mereka bergantung kepada majikan. Adilkah ini? Jadi bolehlah kita simpulkan di sini, kerjalah separuh mati tapi bos juga yang senyum....

Perkhidmatan atau produk yang ditawarkan berbeza-beza biasanya hanya menguntungkan peniaga. Pembeli hanya membayar sejumlah wang dan mendapat apa yang diinginkan tanpa sebarang keuntungan lain terbit dari transaksi tersebut.

v                  Sekarang kita lihat apa bezanya dan apa kebaikan MLM yang dikatakan merepek.
Di dalam semua perniagaan pun sama, bos mesti untung lebih. TAPI....perniagaan MLM telah dicipta untuk memberi keuntungan kepada semua yang terlibat bukan setakat pemilik sahaja. Ini termasuklah dari segi  kewangan atau hadiah-hadiah lainnya. Industri ini membekalkan barangan atau perkhidmatan yang bernilai kepada pelanggan selain menawarkan peluang perniagaan yang sangat menguntungkan. Perniagaan MLM bolehlah dianggap sebagai sebuah perniagaan yang dijalankan secara berangkai, mereka bekerjasama untuk memasarkan barangan atau perkhidmatan sebagai pengedar bebas. Jadi, selain menjadi pekerja yang dibayar gaji mereka sebenarnya adalah seorang usahawan yang menjalankan perniagaan masing-masing di bawah satu bumbung dan mendapat habuan berdasarkan komisyen dari jualan produk yang dilakukan.

Perbezaan ketara telah wujud di dalam sedikit perbandingan di atas. Seseorang yang terlibat di dalam industri MLM boleh menjana keuntungan lebih 70% dari hasil keseluruhan keuntungan atas jualan. Tidak pernah terjadi sesebuah perniagaan tradisional mengeluarkan 70% keuntungannya untuk dikongsi dengan para pekerjanya.

Sedar atau tidak MLM merupakan sebuah kilang yang menghasilkan individu-individu hebat di dalam perniagaan. Ia mengajar, melatih dan membantu para peneraju-peneraju di dalam lingkungannya untuk menjadi kaya dan berjaya. Cuma masa sahaja yang menentukan BILA. Donald Trump seorang yang kaya dan berjaya mengatakan bahawa, jika dia perlu memulakan segala-galanya semula, dia memilih untuk menjalankan perniagaan MLM. Banyak potensi yang boleh dikejar di dalam industri ini yang tidak semua orang mengetahuinya dan sesetengahnya tidak mahu ambil tahu. Kalau Donald Trump yang kaya kata begitu, apa kata kita pula????????

Setiap orang yang terlibat di dalam industri ini mempunyai peluang yang luas untuk menjana pendapatan pasif yang tidak terbatas tidak kiralah mereka mempunyai pengalaman atau pelajaran dalam menjalankannya. Kesemuanya boleh dikutip sepanjang perjalanan yang panjang menuju sebuah kejayaan. Kerana di sana telah tersedia produk-produk yang baik, sebuah sistem yang sangat adil yang mengajar anda bagaimana melakukannya dan ada juga orang-orang terdahulu yang telah berjaya daripada anda yang sentiasa sudi untuk mengajar anda bagaimana untuk berjaya seperti mereka. Adakah anda ada cara lain yang lebih baik?

Secara khususnya dapatlah saya katakan di sini bahawa saya sangat menyukai malah menyintai mungkin perniagaan MLM. Ia memberi peluang kepada semua orang untuk memiliki sebuah kebebasan tanpa batasan, masa, wang dan mengubah gaya hidup kepada yang lebih baik. Ia mencungkil bakat terpendam dalam diri seseorang, menyerlahkan kehebatan mereka selain dari hanya bekerja membanting tulang untuk mendapatkan upah yang minimum demi sesuap nasi. Ia merupakan sesuatu yang malang bagi mereka yang gagal atau sengaja tidak mahu membuka minda untuk memahami apakah itu MLM tetapi ia boleh menjadi permata yang berharga bagi mereka yang cuba memahaminya dan berjuang untuk berjaya demi mengubah kehidupan. Ia mungkin tidak direka untuk semua tapi ingatlah bahawa semua orang dijemput untuk menyertainya. Kemungkinan untuk berjaya adalah besar dan tiada penghujung dan marilah kita jadikan MLM sebagai sebuah model perniagaan untuk masa depan yang gemilang.


Owned a Traditional Business vs Employee vs Networking Business
Month/Year
Job
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
Traditional
8000
4000
6000
7000
10000
-5k
DEPENDS ON YOUR STREIGHT, EMPLOYEES, ECONOMIC MARKET TRENDS, POLITICS & Etc.
Employee
5000
5500
6000
6500
7000
7500
8000
8500
9000
9500
10K
Network Marketing
100
200
400
800
1600
3200
6400
12800
25600
51200
100K


Kita banyak mengupas kata-kata orang barat tentang industri ini. Marilah kita cuba menceduk kata-kata hikmat oleh seorang sarjana islam tidak lain dan tidak bukan Prof. Dr. Hamka.
           
”Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba........datang tidak menentu masa........datang di saat kita kesempitan atau kesusahan.

Maka nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba.

Jangan jadikan seribu alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!”

No comments:

Post a Comment